Jul 11, 2007

~Semester baru~

Rasa capek. Bermula dengan pemindahan ke bangunan baru AMEENAH, terus ke dunia studi dan isu-isu santai. Studi yang memerlukan kerahan lobus-lobus fikir ini berlari tiada henti..

Apa pun, syukur pada Tuhan. Hampir juga diri ke hari graduasi Akademi Fasilitator. Namun, taklifan sebagai penyelaras Grup Pembangunan Kendiri (batch 25th) dirasakan agak berat.

Berat, kerna serasa mahu merombak segala yang sudah ada. Bukan apa, serinya tak macam dulu. Yang hilang dirasa sebuah ukhuwah, yang telah jauh-jauh dan jarang-jarang.

Bila dah mudah dan moden, manusia pula yang hilang semangatnya. Manusia jadi makin santai, pendek kata semakin malas dan egois.

Salah siapa??

Yang tua, mahu jadi tua. Yang muda, cuba 'operate' sini sana. Langsung, galasan "coordinator" semacam diri ini yang merasa sejuta bebanan..



Apa ada pada positif minda?? Inilah masanya!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Along...tahniah dilantik jadi coordinator PGG.Ini semua sebab ada orang percaya pada kemampuan along. Abang rase along dah bijak membahagikan mase. Try your best ok!Abg doakan kecemerlangan along dalam memikul tugas sebagai seorang pelajar dan pemimpin. Abg dah lama tak join program2 PGG. Keinginan tu ade. Cuma takde kesempatan atau takde pemberitahuan. Abg selalu turun UIA untuk Gemilang Mentoring Program.Sebab abg tahu masenya dan mentor2 di situ masih ingat abg.Rindu abg pada PGG. PGG skrg bkn yg dulu lagi. Penasihat pun dah lain. Tentu ade perubahan. Along buatlah agar PGG kembali gemilang mcm dulu.Nak idea?Abg boleh kongsi.Apepun semuanya bermula dari terasnya terlebih dahulu. Fasilitator perlu dilengkapkan lagi ilmunye dan pengalamannye. Along pun tahu semua nih. Persoalannya, kenape kesannya kurang...impaknya kurang.Padahal kelas,induction course,percubaan(selaku Co-faci) telah diberi. tentu ade kelemahan di situ. Ape pun, maybe we should meet and talk about this more.Email le abg, ok!

Mentor_ulung said...

abg ^_^

baru je borak dgn Ila td, nama abg meniti bibir..hehe. Pasti!! Nasihat abg sgt dialu, dan diperlu...

...along dah rasa 'kehilangan" itu, dan sbb itu along 'menghilang"

..doakan, along membawa kembali harmoni dan gemilang PGG yg sgt mahal harganya, insyaAllah :)